Monday, June 16, 2014
Resepi Chicken Lasagna
Hai semua!!!
Hari ni rasa nk masak chicken lasagna pulak...so I pun try la buat...tgk dalam freezer bahan2 pun dah Ada so Jom kita try buat chicken lasagna ala Che mah hihi...
Mula2 Jom kita tgk bahan2 apa yg di perlukan Utm menyiapkan chicken lasagna ni...
Bahan2 A
Isi ayam yg di kisar halus ( nak mudah beli je yg dipacking siap ayam kisar tu ayamas pun ok)
Pasta sauce prego ( mushroom Lagi sedap) - guna sebotol kecil
5 ulas Bawang Putih dicincang halus
3 biji Bawang besar di potong dadu
3 sudu SOS cili
3 sudu SOS tomato
Sedikit serbuk lada hitam
Gula dan garam secukup rasa
Setengah cawan air
Bahan2 B
2 sudu butter
2 sudu tepung gandum
500ml susu segar
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada hitam
Bahan C
5 kepingan lasagna instant di rebus sekejap sahaja
Cara2 membuatnya...
Bahan A
Tumiskan bawang putih dalam sedikit minyak zaitun.
Masuk kan bawang besar.
Bila dah Naik bau tu, boleh la dimasukkan ayam kisar yg dah digorang ter lebih dahulu dgn minyak yg sedikit.
Kemudian masuk kan pasta sauce.
Gaulkan hingga sebati dan masukkan SOS cili Dan SOS tomato.
Gaul lagi, Dan masukkan sedikit air.
Masukkan garam dan gula.
Akhir sekali masukkan sedikit serbuk lada hitam.
Kacau hingga mendidih Dan mati kan api.
Cara membuat Bahan B
Panaskan butter dgn api yg perlahan
Masukkan tepung gandum Dan kacau sebati
Masukkan susu Dan cheese
Kacau hingga pekat sedikit Dan padamkan api.
Susun lasagna di dalam dulang Dan letakkn Bahan A Dan di ikuti Bahan B
Begitulah disusun senang seli hingga habis Dan lapiskan atas sekali mestilah bahan B
Subscribe to:
Posts (Atom)