Kalau anda ingat anda seorang yang susah, ada lagi orang yang lebih susah. Kalau anda ingat, anda tidak makan, ada lagi yang tak pernah menjamah makanan yang enak2. Kalau anda fikir, anda rugi dalam perkahwinan, ingatlah ada orang yang langsung tidak berkesempatan untuk merasai nikmat alam rumah tangga...
Sekurang kurangnya jika anda pernah berbuat baik dengan pasangan anda, ada juga pahala yang boleh anda bawa ke akhirat kelak. Bagaimana kita dinilai, itu urusan Allah. Yang penting, kita sudah menjalankan tanggungjawab seperti yang pernah diamanahkan kebahu kita semasa di alam rumah tangga...
Oleh itu, anda haruslah menikmati kebahagiaan anda sekarang...jangan berdendam dan berhiduplah dengan baik baik sahaja...nescaya anda akan bertambah bahagia...dengan kehidupan baru yang anda pilih...
No comments:
Post a Comment